-Pengikut Setia Ku-

Friday, December 24, 2010

Bersosial Hingga Lupa Diri

Berkawan itu tidak salah, malah Islam sendiri amat menggalakkan umatnya menjalin silaturahim tanpa mengira keturunan. Tetapi sekiranya bersosial secara melampau, pasti akan ada masalah mengekori.


Kisah pertama

Telefon bimbit berjenama Black-Berry  jarang  sekali  jauh  dari  genggamannya. Ke mana-mana sahaja dia pasti akan  berteman  dengan  gajet  canggihnya itu sambil melayari laman web facebook. Tanpa disedari dia berubah watak daripada  seorang  yang  ramah  kepada seorang yang pendiam.



Kisah kedua


Dulu,  Mariam  dan  Khasif  dikenali sebagai pasangan bahagia. Sebaik tamat pengajian, mereka mengikat perhubungan  dengan  ikatan  perkahwinan.  Perhubungan yang mulanya panas bertukar menjadi  dingin  apabila  Mariam  mengenali  seorang  lelaki  yang  mempunyai semua  ciri-ciri  idaman  melalui  sebuah laman  web  rangkaian  sosial.  Tabiat  itu akhirnya terbongkar dan menjadi sebab perceraian mereka berdua.


Kisah di atas adalah antara cebisan kisah  benar  ketagihan  manusia  terhadap  laman  web  rangkaian  sosial.  Dan bersedialah  anda  untuk  dianggap  ketinggalan  zaman  hanya  kerana  anda tidak  mempunyai  akaun  laman  web rangkaian sosial! Kemabukan trend ini tidak mengenal sesiapa sama ada anda golongan  profesional,  pelajar,  suri  rumahtangga,  kanak-kanak,  malahan  menteri.


Sebut sahaja facebook, friendster, myspace dan twitter, laman-laman web di atas merupakan satu dunia lain yang mempertemukan  insan-insan  dari  seluruh  dunia  untuk berkomunikasi.


Laman web rangkaian sosial telah menjadi sebahagian dari kehidupan. Buktinya, jumlah pengunjung facebook seluruh dunia ialah kira-kira 350 dan 6.2 juta daripadanya daripada  Malaysia.  Laman  friendster  mencatatkan  pengguna  4.2  juta  orang,  diikuti myspace  2.1  juta  orang  dan  twitter  seramai kira-kira 750,000 orang.


Melalui media baru ini, jaringan komunikasi manusia menjadi lebih mudah dan cepat.  Walaupun  dipisahkan  oleh  faktor fizikal  dan  kekangan  masa,  silaturrahim masih  boleh  dieratkan  apabila  proses  komunikasi berlaku secara atas talian.


Tidak  dinafi kan  teknologi  amat  berjasa  kepada  manusia.  Namun  sekiranya manusia membiarkan dirinya dikawal oleh teknologi, maka manusia akan kehilangan sisi kemanusiaannya sedikit demi sedikit.

No comments:

Post a Comment